Jawatan Kosong 2025 di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 - 1 Kekosongan
2. PENOLONG JURUAUDIT W5 - 1 Kekosongan
3. PEMBANTU JURUAUDIT W1 - 1 Kekosongan
4. PEMBANTU KHIDMAT AM H1 - 3 Kekosongan
Cara Memohon:
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan dengan harga RM2.00 sekeping yang boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat:
Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.
Atau
Pejabat Unit Pengurusan Hartanah
49000 Bukit Fraser,
Pahang Darul Makmur
Borang permohonan juga boleh dibeli secara online dengan membuat pembayaran sebanyak RM2.00 ke akaun Maybank PKBF No. 506016201324 dan emailkan bukti pembayaran ke webtourism16@gmail.com beserta nama & nombor telefon sebagai rujukan. Pihak kami akan menghantar borang permohonan ke email tuan/puan dalam waktu dan hari bekerja sahaja.
Penghantaran dokumen permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan ke ibu pejabat Tourism Pahang. Sila sertakan bersama dengan sampul surat berukuran 10cm x 23cm (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem RM0.60. Sampul surat ini bertujuan untuk menghantar semula surat tawaran temuduga kepada pemohon sekiranya disenarai pendek.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan selengkapnya dan disertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN DAN GAMBAR BERUKURAN PASPORT (TERBARU) dan POS/ HANTAR ke alamat berikut:
Pengurus Besar
Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan, Pahang, Malaysia.
(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kanan sampul surat)
*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2025 (Isnin)
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24 jam dan bersih.