Jawatan Kosong 2025 di Majlis Daerah Marang (MDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Marang (MDM)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C5
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA5
3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2025 (Jam 12.00 Tengahari)
Majlis Daerah Marang ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.
Majlis Daerah Marang diterajui oleh dua orang Pegawai Tadbir Negeri di bawah perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (Pengurusan dan Profesional) yang menyandang jawatan Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis. Di samping itu, segala dasar-dasar dalam pentadbiran Majlis ditentukan oleh satu Lembaga yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis seramai 25 orang termasuk Yang Di Pertua yang dilantik mengikut Seksyen 16 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976.