Jawatan Kosong 2025 di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR
Ringkasan Bidang Tugas:
1. Mengurus proses permohonan pinjaman pendidikan PTPTN secara dalam talian bagi pelajar baharu dan sedia ada.
2. Menjalankan semakan permohonan dan serahan perjanjian PTPTN bagi pelajar baharu dan sedia ada secara dalam talian.
3. Mengemaskini data pengesahan status pembayaran PTPTN bagi semua program pengajian.
4. Mengemaskini data potongan pinjaman PTPTN melalui autodebit serta menyediakan laporan statistik penerima tajaan PTPTN.
5. Mengemaskini rekod pengesahan status pembayaran PTPTN dan maklumat potongan autodebit pelajar.
6. Mengemaskini rekod penerima tajaan lain.
7. Menyediakan senarai kelayakan bantuan insentif ICEPS (setiap semester) bagi pelajar baharu dan sedia ada UiTM berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh pelajar.
8. Menyediakan unjuran kemasukan pelajar baharu dan sedia ada bagi setiap ambilan/sesi.
9. Mengurus proses bil (billing) bagi pelajar kolej kediaman.
10. Mengurus penyewaan luar.
11. Bertindak sebagai Panel Penemuduga bagi permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP.
12. Menyemak borang permohonan Bantuan Baitulmal yang telah ditemuduga oleh Panel Penemuduga.
13. Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Bahagian dan Jabatan.
Syarat Kelayakan Minimum:
1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Statistik / Statistik / Sains (Analitik Data) / Sains (Analitik Data Komputasi) / Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pengurusan data.
3. Berkebolehan memimpin, berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berpasukan, analitik, fleksibel, proaktif, serta mampu bekerjasama dengan semua lapisan kakitangan dan menjalin hubungan baik dengan agensi luar.
4. Berpengetahuan dan mahir menggunakan aplikasi komputer, khususnya Microsoft Office.
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap sebelum membuat permohonan (link admin sediakan di bawah)
Bersedia untuk memohon? Teroka peluang pekerjaan semasa kami untuk mencari peluang yang sesuai untuk anda dan hantar resume anda ke peluangkerjaya_hr@kpbkl.edu.my
Bahagian Sumber Manusia
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
Lot 1363, Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2025 (Rabu)
Pengenalan
Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).
Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.