Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Bentong (MPB)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - 3 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA5 - 3 Kekosongan
3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5 - 1 Kekosongan
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W5 - 1 Kekosongan
5. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L5 - 2 Kekosongan
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN /OPERASI ) GRED N1 - 10 Kekosongan
7. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1 - 2 Kekosongan
8. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP1 - 10 Kekosongan
9. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 2 Kekosongan
10. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 - 1 Kekosongan
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Februari 2025 (Isnin)
Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu Majlis Bandaran Bentong, Majlis Tempatan Karak, Majlis Tempatan Sg. Dua, Majlis Tempatan Telemong , Majlis Tempatan Manchis, Majlis Tempatan, Bukit Tinggi, Kampung Shafie, Kampung Simpang Pelangai, Kampung Baru Sg. Gapoi, Kampung Jambu Rias, Kampung Benus, Genting Sempah, Kampung Janda Baik, Kampung Baru Sg. Penjuring.