Jawatan Kosong 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:
Jawatan:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9
2. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U1
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5
4. JURUTERAPI PERGIGIAN U6
5. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U5
6. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U5
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1
8. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDUAN) H1
9. PEGAWAI TADBIR N9
10. PEMBANTU KESELAMATAN KP1
*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Januari 2025 (Selasa)
Sejarah Penubuhan USIM
Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.