Jawatan Kosong 2025 di THV Management Services Sdn. Bhd. | Permohonan adalah dipelawa daripadaWarganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di THV Management Services Sdn. Bhd.
Jawatan:
1. PRINCIPAL OFFICER
*Sila baca iklan lengkap di atas sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 03 Februari 2025 (Isnin)
Pengenalan
Penglibatan TH dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan di dalam dan luar negara, diterajui oleh anak syarikat milik penuh kami, TH Hotel & Residence Sdn. Bhd (THHR). THHR diuruskan oleh para profesional dengan gabungan pengalaman dan kemahiran lebih 50 tahun dalam Industri Hospitaliti & Perkhidmatan. Kelebihan unik yang ditawarkan oleh THHR adalah jaminan perkhidmatan patuh Syariah serta pematuhan kepada kehendak penyediaan makanan ‘halal dan toyyiban’.
THHR menguruskan TH Hotel Kelana Jaya (THKJ) dan kafe Hajj di Menara TH Jalan Tun Razak. THHR juga menguruskan Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC) KLIA melalui anak syarikatnya, THV Management Services Sdn. Bhd. (THVM). MHCC KLIA beroperasi di bawah jenama Movenpick yang dibawah Pengurusan Accor Hotels, sebuah syarikat antarabangsa berpengkalan di Perancis. MHCC KLIA menawarkan perkhidmatan sebanyak 333 bilik di samping dewan konvensyen yang boleh menampung sehingga 2,000 orang dalam satu masa.