Jawatan Kosong 2025 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)
Jawatan:
1. PEMBANTU LAUT GRED A1 - 2 Kekosongan
2. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 15 Kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S5 - 6 Kekosongan
4. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN) - 5 Kekosongan
5. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG9 - 8 Kekosongan
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9 - 2 Kekosongan
7. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG5 - 65 Kekosongan
8. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1 - 15 Kekosongan
9. PUSTAKAWAN GRED S9 - 06 Kekosongan
10. PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S5 - 13 Kekosongan
11. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S1 - 42 Kekosongan
12. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMBANTU AWAM) - 4 Kekosongan
13. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN) - 2 Kekosongan
14. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q9 - 4 Kekosongan
15. PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q1 - 17 Kekosongan
16. RENJER HUTAN GRED G1 - 30 Kekosongan
17. PEREKA GRED B1 - 1 Kekosongan
18. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA1 - 10 Kekosongan
19. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMBANTU AWAM) - 35 Kekosongan
20. PENGAWAS HUTAN GRED G1 - 30 Kekosongan
21. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 3 Kekosongan
22. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMBANTU AWAM) - 4 Kekosongan
23. PEGAWAI VETERINAR GRED GV9 - 1 Kekosongan
24. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 35 Kekosongan
25. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN) - 3 Kekosongan
26. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDU KENDERAAN) - 4 Kekosongan
27. JURUTERA (AWAM) GRED J9 - 32 Kekosongan
28. JURUGEOSPATIAL GRED J9 - 2 Kekosongan
29. ARKITEK GRED J9 - 5 Kekosongan
30. JURUUKUR TANAH GRED J9 - 2 Kekosongan
31. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA5 - 108 Kekosongan
32. PENOLONG JURUTERA (UKUR) GRED JA5 - 10 Kekosongan
33. PENOLONG JURUTERA (MAKMAL) GRED JA5 - 10 Kekosongan
34. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 80 Kekosongan
35. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMBANTU AWAM) - 4 Kekosongan
36. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/
PENOLONG JURUTERA GRED JA5 - 1 Kekosongan
Cara Memohon:
i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Februari 2025 (Khamis)
Latar Belakang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaa melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.
Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.
Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.