Jawatan Kosong 2025 di Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
* Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 24 Januari 2025 (Jumaat)
Latar Belakang
Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November, 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.