Jawatan Kosong 2025 di Majlis Daerah Kerian | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kerian
Jawatan:
1. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1
2. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 03 Februari 2025 (Isnin)
Latar Belakang
MDK telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 5 September 1979. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kerian (MDK), satu pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan telah ditubuhkan bagi memainkan fungsi dan peranannya mentadbir dan mengurus pentadbiran di peringkat daerah yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Kerian pada 1 Julai 1975.