Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Tutup

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) - 31 Januari 2025

Jawatan Kosong 2025 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)


Jawatan:

1. ARKITEK GRED J9 - 2 Kekosongan

2. JURUTERA GRED J9   - 1 Kekosongan

3. JURUUKUR BAHAN GRED J9  - 1 Kekosongan

4. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U9  - 1 Kekosongan

5. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA5  - 1 Kekosongan

6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W5

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5 - 2 Kekosongan

8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA5 - 1 Kekosongan

9. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5  - 1 Kekosongan

10. PENOLONG JURUTERA GRED JA5 - 1 Kekosongan

11. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U5 - 1 Kekosongan

12. PENOLONG JURUAUDIT GRED W5 - 1 Kekosongan

13. PEMBANTU PENILAIAN GRED W1 - 1 Kekosongan

14. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1 - 1 Kekosongan

15. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1 - 3 Kekosongan

16. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1 - 24 Kekosongan

17. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 - 1 Kekosongan

18. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1 - 34 Kekosongan

19. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 - 145 Kekosongan


Cara Memohon:

Semua permohonan jawatan perlu dibuat secara atas talian (‘on-line’) menerusi portal rasmi http://www.mbpp.gov.my. atau http://eperjawatan.mbpp.gov.my mulai 18 Januari 2025. (link admin sediakan di bawah)

Sebarang kemusykilan atau permasalahan berhubung permohonan ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Modal Insan di talian berikut:- 04-2592115 / 2311 / 2240 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2025 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Latar Belakang

Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia yang letaknya di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan mula wujud di Pulau Pinang pada tahun 1856.

Majlis mempunyai satu kawasan pentadbiran tempatan yang luasnya kira-kira 299.65 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang bangsa seramai lebih kurang 660,000 orang.

Majlis telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Datuk Bandar dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun.