Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Jawatan:
1. JURUTERA J9
2. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C9
3. JURUUKUR BAHAN J9
4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F9
5. PEGAWAI TADBIR N9
6. PEGAWAI PENERANGAN S9
7. AKAUNTAN W9
8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5
9. PENOLONG JURUTERA JA5
10. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA5
11. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C5
12. PENOLONG PEGAWAI SAINS C5
13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S5
14. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
15. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP5
16. PENOLONG JURUAUDIT W5
17. PENOLONG AKAUNTAN W5
18. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1
19. PEMBANTU PENGUATKUASA KP1
20. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W1
21. PEMBANTU JURUAUDIT W1
22. PEMBANTU KHIDMAT AM H1
Syarat Permohonan:
(1) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my. Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan dalam talian
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2025, Jam 12.00 Tengah Hari
Latar Belakang
Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.