Jawatan Kosong 2025 di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR
Ringkasan Bidang Tugas:
1. Membantu merancang, membangun dan melaksanakan pelan strategik perniagaan mengikut KPI Be Kind.
2. Membantu membina jaringan dengan syarikat-syarikat sedia ada dan syarikat korporat baharu untuk mengurus dana.
3. Membantu menyediakan melaporkan setiap aktiviti–aktiviti / belanjawan / perbelanjaan / pendapatan dana / projek-projek setiap minggu, bulanan dan suku tahunan.
4. Membantu menyediakan “flyers” berkaitan dengan PWI.
5. Membantu memastikan kesemua strategi-strategi ini dipromosikan melalui “social media”.
6. Menyediakan surat bagi tujuan permohonan kunjungan perbincangan dan permohonan sumbangan.
7. Mengemaskini kertas kerja permohonan dari semasa ke semasa mengikut keperluan pihak penyumbang selepas perbincangan.
8. Membuat kerja-kerja susulan bagi setiap emel permohonan yang belum mendapat maklumbalas.
9. Menyediakan laporan kewangan berkaitan kuitpan wakaf/ wakalah zakat atau sumbangan tanggungjawab sosial korporat.
10. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan melaksanakan tugasan yang berkaitan dalam melaksanakan fungsi-fungsi PWI seperti yang diarahkan oleh pengarah PWI dari semasa ke semasa.
11. Membantu kelancaran operasi PWI.
Syarat Kelayakan Minimum:
1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kewangan Islam, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkenaan di dalam institusi pendidikan.
4. Berkebolehan untuk memimpin serta boleh berfikir secara kreatif dan kritis, berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar.
5. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan Komputer dalam aplikasi Microsoft Office.
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap sebelum membuat permohonan (link admin sediakan di bawah)
Bersedia untuk memohon? Teroka peluang pekerjaan semasa kami untuk mencari peluang yang sesuai untuk anda dan hantar resume anda ke peluangkerjaya_hr@kpbkl.edu.my
Bahagian Sumber Manusia
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
Lot 1363, Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2025 (Jumaat)
Pengenalan
Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).
Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.