Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Jawatan:
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9 - 28 Kekosongan
I. MATEMATIK
II. BAHASA INGGERIS
III. PRINSIP AKAUN
IV. TAHFIZ
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (TAHFIZ) S9 - 1 Kekosongan
3. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM I/PENGURUS) S9 - 24 Kekosongan
4. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM II/PENOLONG PENGURUS) S5 - 20 Kekosongan
5. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (TAHFIZ) S5 - 3 Kekosongan
6. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG5 - 24 Kekosongan
I. BAHASA MELAYU
II. BAHASA INGGERIS
III. MATEMATIK
IV. SAINS
7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5 - 1 Kekosongan
8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1 - 13 Kekosongan
9. PEMBANTU MAKMAL C1 - 1 Kekosongan
10. JURUAUDIO VISUAL N1 - 1 Kekosongan
11. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL/ SIAK/PEMBANTU PENGURUS) (LELAKI) S1 - 48 Kekosongan
12. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S1 - 4 Kekosongan
13. JURUTEKNIK KOMPUTER FT1 - 2 Kekosongan
14. PEMBANTU KHIDMAT AM H1 - 2 Kekosongan
* Sila rujuk maklumat lengkap iklan sebelum membuat permohonan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 09 Januari 2025 (Khamis)
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.