Jawatan Kosong 2025 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Jawatan:
1. PEGAWAI PERUBATAN UD10 - 1 Kekosongan
2. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C9 - 1 Kekosongan
3. AKAUNTAN WA9 - 1 Kekosongan
4. PENOLONG JURUTERA JA5 - 3 Kekosongan
(ELEKTRIK)
5. PEMBANTU TADBIR N1 - 35 Kekosongan
(PERKERANIAN/OPERASI)
6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J1 - 1 Kekosongan
(BUKAN ISLAM)
7. PEMBANTU KHIDMAT AM H1 - 1 Kekosongan
(PENYELENGGARAAN RUMAH REHAT PULAU PINANG)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh tutup permohonan : 10 Januari 2025 (Jumaat)
Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.
Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.