Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka - 30 Disember 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka


Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7
Gaji Minimum : RM 7,990.00 | Gaji Maksimum : RM 22,040.00

2. PROFESOR MADYA DS14
Gaji Minimum : RM 6,560.00 | Gaji Maksimum : RM 15,360.00

3. PENSYARAH KANAN DS13
Gaji Minimum : RM 6,210.00 | Gaji Maksimum : RM 14,370.00

4. PENSYARAH DS11
Gaji Minimum : RM 3,320.00 | Gaji Maksimum : RM 12,760.00


Jawatan Pentadbiran:

1. PENOLONG PENDAFTAR N9
Gaji Minimum : RM 2,250.00 | Gaji Maksimum : RM 11,110.00

2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U5
Gaji Minimum : RM 1,650.00 | Gaji Maksimum : RM 6,620.00

3. PEMBANTU KEMAHIRAN H1
Gaji Minimum : RM 1,500.00 | Gaji Maksimum : RM 4,680.00

4. PEMBANTU KESELAMATAN KP1
Gaji Minimum : RM 1,500.00 | Gaji Maksimum : RM 4,680.00




*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan di atas sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Disember 2024 (Isnin)






Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka-banyakjawatan

Sejarah UiTM Melaka

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.