Jawatan Kosong 2025 di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM : DIPLOMA
1. PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P5 - 175 Kekosongan
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Kelayakan Lantikan Ke Gred P5
Diploma dalam bidang Undang-Undang, Pengajian Perniagaan atau bidang berkaitan atau Diploma Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji permulaan ialah pada Gred P5: RM1,980.00); atau
Diploma Kejuruteraan, Diploma Ukur Bahan atau Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji permulaan ialah pada Gred P5: RM2,052.00).
Bertanggungjawab menjalankan fungsi dalam aspek siasatan, aspek pendidikan masyarakat, aspek pemeriksaan dan perundingan, aspek perundangan dan pendakwaan, aspek penyelidikan dan perancangan, aspek latihan dan aspek keselamatan.
Kelayakan Lantikan Ke Gred P9
ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM2,710.00); atau
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM2,866.00); atau
ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan atau Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,024.00); atau
ljazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,181.00: atau
Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,181.00: atau
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,338.00 atau
Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,495.00).
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan fungsi dalam aspek siasatan, aspek pendidikan masyarakat, aspek pemeriksaan dan perundingan, aspek perundangan dan pendakwaan, aspek penyelidikan dan perancangan, aspek latihan dan aspek keselamatan.
Maklumat:
Semua kekosongan jawatan adalah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Januari 2025 (Khamis) jam 11:59 malam
Sejarah
Badan Pencegahan Rasuah (BPR) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 dan telah melalui beberapa perubahan sehingga dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula tahun 2009 sehingga hari ini dengan bidang kuasa yang lebih bebas, telus dan profesional dalam usaha mencegah rasuah di negara ini.