Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Jabatan Penjara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Penjara Malaysia
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA/IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN
1. PENGUASA PENJARA GRED KA9 - 119 Kekosongan
1. PENGUASA PENJARA GRED KA9 - 119 Kekosongan
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA9: RM2,250.00); atau
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KA9: RM2,470.00).
dan
mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman, program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penjara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Disember 2024 (Isnin) jam 11:59 malam
Sejarah
Sistem penjara sudah wujud semenjak Zaman Kesultanan Melayu lagi. Pesalah yang melakukan jenayah akan dipenjarakan mengikut hukuman yang ditetapkan oleh pembesar negeri. Pada kebiasaannya banduan diletakkan di sesuatu bangunan dalam satu tempoh waktu yang panjang bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Peluang mendapat pengampunan amat tipis dan ini menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan kesalahan. Keadaan ini membolehkan keamanan dipelihara dengan baik. Langkah memberikan hukuman yang berat ini juga bertujuan membendung penentangan masyarakat tempatan kepada pembesar dan pemerintah.