Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Peguam Negara Malaysia - 26 Disember 2024 [59 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Jabatan Peguam Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Peguam Negara Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L5 - 59 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,893.00); atau

Diploma dalam bidang Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L5: RM1,974.00).


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran.



Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara Malaysia seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2024 (Khamis)




Jawatan Kosong di Jabatan Peguam Negara Malaysia-banyakjawatan

Latar Belakang

Jabatan Peguam Negara merupakan pejabat kepada Peguam Negara Malaysia. Ia bermula dengan pengenalan Peguam Negara sebagai ketua pegawai undang-undang negara,  dan  kemudian Jabatan Peguam Negara  telah diiktiraf  sebagai institusi kerajaan secara rasmi. Pada tahun 1948, pelbagai fungsi nasihat perundangan yang telah diberikan kepada kerajaan kolonial/ jajahan pada masa itu telah disatukan sebagai suatu jabatan persekutuan di bawah peruntukan  Perjanjian Persekutuan Malaya, 1948. Kemudian pada tahun 1951, Jabatan Peguam Negara (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang) telah dikelaskan sebagai sebuah Kementerian dan telah dipertanggungjawabkan  bagi semua perkara perundangan yang melibatkan Kerajaan. Berikut adalah senarai kedudukan / peletakan Jabatan Peguam Negara beberapa tahun semenjak  kemerdekaan sehinggalah ke hari ini:

1957 : Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan
1959 : Kementerian Kehakiman
1964 : Kementerian Dalam Negeri dan Kehakiman
1974 : Kementerian Undang-Undang dan Peguam Negara
1980 - kini : Jabatan Perdana Menteri