Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)
Jawatan:
1. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1
2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM H1
*Sila baca iklan kekosongan jawatan ini di atas sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2024 (Selasa)
Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi.
Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.
Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.