Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Tapah (MDT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tapah (MDT)
Jawatan:
1. JURU UKUR BAHAN GRED J9
Gaji Minimum : RM 2,250.00 | Gaji Maksimum : RM 11,110.00
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA5
Gaji Minimum : RM 1,650.00 | Gaji Maksimum : RM 6,620.00
Latar Belakang
Majlis Daerah Tapah ( MDT ) telah ditubuhkan pada 01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 14,628 hektar. Ia merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai / Kampung Menderang, Bidor/Teluk Intan, Tapah/Cameron Highland dan Temoh/Teluk Intan.