Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Lipis (MDL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Lipis (MDL)
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN OPERASI N1 - 2 Kekosongan
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2024 (Jumaat)
Latar Belakang
Majlis Daerah Lipis ditubuhkan pada 1 Mac 1982 hasil daripada percantuman beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh.
Dari segi sejarahnya Majlis Bandaran Kuala Lipis pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau ‘Sanitary Board’ sehingga tamat Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir Penguasa Tempatan ini sehinggalah penubuhan Majlis Daerah pada 1 Mac 1982.