Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh - 2 Januari 2025

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Ketereh | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Ketereh
 

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U5

3.  PENOLONG AKAUNTAN GRED W5

4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5

5. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA GRED JA1

6. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) GRED N1

8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1

9. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Januari 2025 (Ahad)




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Ketereh-banyakjawatan

Latar Belakang

Majlis Daerah Ketereh (MDK) ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1979 bersamaan 2 Safar 1399H dengan nama Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) hasil gabungan tiga buah Majlis Tempatan dibawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Kelantan dibawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan.Tiga Majlis Tempatan yang terlibat adalah Majlis Tempatan Pangkal Kalong, Majlis Tempatan Kadok dan Majlis tempatan Peringat.

Nama Majlis Daerah Kota Bharu ditukar kepada Majlis Daerah Ketereh pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharam 1427H. Pada tanggal 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H, Majlis Daerah Ketereh telah diisytiharkan sebagai Perbandaran Islam dan telah dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI).