Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Perumahan Melaka (LPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR N1 (PERKERANIAN & OPERASI) - 2 Kekosongan
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Disember 2024 (Rabu)
Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti Warta Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002. Sebelum Lembaga Perumahan Melaka ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menubuhkan Lembaga selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan peranan Kerajaan Negeri di sektor perumahan.