Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai - 24 Disember 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Kulai | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulai


Jawatan:

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9

2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP5

3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP1

4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U1

5. PEMBANTU KHIDMAT AM H1


*Sila rujuk maklumat iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Disember 2024 (Selasa)





Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai

Latar Belakang

Pada tahun 1920, Daerah Kulai asalnya di kenali sebagai Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa tibanya musim hujan di mana kedua-dua belah tebing sungai Kulai pastinya akan di landa banjir. Akibatnya berpuluh-puluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak menghala ke arah pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh di lihat pada catatan sebuah batu yang di tulis dalam bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Di sebabkan kesukaran untuk menulis perkataan Gui Lai dalam bahasa Cina , maka namanya telah di tukar kepada Kulai, dan ia terus kekal sehingga kini.

Kulai juga di katakan mendapat nama bersempena sebuah peristiwa banjir yang melanda pada sekitar tahun 1890-an. Sungai Kulai ketika itu amat penting oleh kerana ia merupakan nadi aktiviti harian penduduk sekitar yang bergantung kepada aktiviti tanaman.