Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E5
2. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN E1
3. PEMBANTU KHIDMAT AM H1
Perhatian Kepada Pemohon:
1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
2. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan:
(i) Pengesahan Ketua Jabatan
(ii) Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan
(iii) Laporan Penilaian Prestasi.
3. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap, tidak melalui Ketua Jabatan/Perkhidmatan dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses.
Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2024 (Khamis)
Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang menganjur mensusuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara. Pedagang-pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air. Abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata.Tahun 1930 sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan.