Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Jawatan:
1. PENOLONG PENGARAH, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Dan Asrama Malaysia, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Disember 2024 (Selasa)
Latar Belakang
Kementerian Pendidikan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤنديديقن) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Matlamatnya ialah untuk:
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
- melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
- menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
- memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.