Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur - 22 Disember 2024

Jawatan Kosong 2024 di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI)


Ringkasan Bidang Tugas:

1. Bertanggungjawab menguruskan infrastruktur, prasarana kampus, kebersihan, pengurusan inventori dalaman bahagian dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan termasuk urusan keselamatan dan juga bertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas lain sepertimana diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

2. Menguruskan segala tugas dan tanggungjawab di bawah fungsi utama Bahagian Pengurusan Fasiliti seperti pengurusan bangungan, peyelenggaraan harta benda, kebersihan, keceriaan & keselamatan dan inventori.

3. Bertanggungjawab merancang, mentadbir dan menguruskan Bahagian Pengurusan Fasiliti.

4. Membantu Ketua Pegawai Eksekutif dalam menguruskan hal ehwal keselamatan kampus, penyelenggaraan bangunan & harta benda, keselamatan dan juga perkhidmatan kebersihan di KPBKL.

5. Memantau dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kakitangan Bahagian Pengurusan Fasiliti.


Syarat Kelayakan Minimum:

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, Pengurusan Fasiliti, Teknologi Dalam Pengurusan Fasiliti, Ukur Bangunan/Bahan, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

2. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan dan boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkenaan di dalam institusi pendidikan.

4. Berkebolehan untuk memimpin serta boleh berfikir secara kreatif dan kritis, berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar.

5. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan Komputer dalam aplikasi Microsoft Office.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap sebelum membuat permohonan (link admin sediakan di bawah)


Bersedia untuk memohon? Teroka peluang pekerjaan semasa kami untuk mencari peluang yang sesuai untuk anda dan hantar resume anda ke peluangkerjaya_hr@kpbkl.edu.my

Bahagian Sumber Manusia
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
Lot 1363, Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Disember 2024 (Ahad)




Jawatan Kosong di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Pengenalan

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).

Memulakan operasinya di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur pada April 1992, IPB kemudiannya berpindah ke kampus tetap di Lot 1363, Jalan Perkasa, Off Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada Jun 1996. Maka Bermulalah lembaran baru bagi IPB dalam merealisasikan misinya.