Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 2 Januari 2025 [18 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

1. JURUTERA GRED J9 (MEKANIKAL) - 18 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).


Deskripsi Tugas:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.




Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Januari 2025 (Khamis) jam 11:59 malam






Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sejarah KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.