Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN/ SARJANA/ KEDOKTORAN
1. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S9 (KLINIKAL) - 21 Kekosongan
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00); atau
Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,350.00).
Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Disember 2024 (Isnin) jam 11:59 malam
Latar Belakang
Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968. Dari zaman Sir John Huggins pada tahun 1934, gelaran yang digunakan selaku Ketua Perkhidmatan Pentadbiran pada ketika itu adalah Malayan Establishment Officer.
Manakala semasa A.J. Gracie memegang jawatan tersebut pada tahun 1954 gelaran diubah kepada Federation Establishment Officer. Apabila H.G. Turner menggantikan Gracie pada tahun 1957 hingga Tan Sri Ahmad Hj. Husin selaku Ketua Perkhidmatan sektor awam pada tahun 1960, gelaran yang digunakan dikenali sebagai Principal Establishment Officer (P.E.O).