Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia - 30 November 2024

Jawatan Kosong 2024 di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Jawatan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF PENJANAAN DANA & KOMUNIKASI KORPORAT GRED 41

2. EKSEKUTIF (MEDIA) GRED 29

3. EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 29

4. EKSEKUTIF (PENGURUSAN BANTUAN) GRED 29

5. EKSEKUTIF (KAUNSELOR – PSSS) GRED 29

6. PEMANDU (PSSS) GRED 11


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah 


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2024




Jawatan Kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Sejarah Penubuhan

Menjelang akhir tahun 70-an, terdapat banyak rayuan bantuan daripada rakyat terutama dari keluarga miskin atau mereka yang kurang bernasib baik dan yang perlu dihantar ke luar negeri bagi rawatan segera pembedahan jantung berlubang.​

Rayuan tersebut telah dikemukakan kepada badan-badan kerajaan dan setengahnya disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan untuk mendapatkan belas kasihan orang ramai. Malangnya, rayuan ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya, mungkin ianya diluar skop bantuan jabatan kerajaan mahupun agensi swasta yang berkenaan.

Walaupun pihak akhbar memainkan peranannya namun kerumitan masih ada. Derma yang diminta kadangkala tidak mencukupi atau lewat sampai. Keputusan yang diterima selalu mengecewakan. Kementerian Kebajikan Masyarakat walaupun mempunyai berbagai skim bantuan, namun skim bantuan dan kadar maksimum bantuannya adalah terhad. Justeru itu, keadaan ini telah menggalakkan penubuhan Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).