Jawatan Kosong 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Jawatan:
1. PEGAWAI EKSEKUTIF 4 PE4 (SETARA GRED N29)
Tarikh Tutup Permohonan : 20 November 2024 (Rabu)
SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2. PEGAWAI EKSEKUTIF 5 (GRED PE5)
Tarikh Tutup Permohonan : 20 November 2024 (Rabu)
INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK-INSPEM
3. PEGAWAI EKSEKUTIF 3 (SETARA GRED 41/44)
Tarikh Tutup Permohonan : 25 November 2024 (Rabu)
Latar Belakang
Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.