Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) - 14 November 2024

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Jawatan:

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 3.𝟎

1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S5 (GRED S29)

2. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S1 (GRED S19)


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2024




Jawatan Kosong di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)

Penubuhan

Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.

Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn) , Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.