Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Teknologis Malaysia
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29
Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS)
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED 19
Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS)
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED 19
Bahagian Pengurusan
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED 19
Bahagian Operasi
Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-8800 6268 atau berhubung dengan Unit Sumber Manusia di alamat e-mel hr@mbot.org.my
Tarikh tutup permohonan : 22 November 2024 (Jumaat) jam 12 tengah hari.
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah
Sejarah
Selaras dengan usaha untuk memantapkan fungsi dan peranannya selaku peneraju agenda STI negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014 dan dipersetujui di Dewan Rakyat pada 2 April 2015 lalu. Rang Undang-undang ini akan dibentangkan semula di Dewan Negara dalam tempoh terdekat sebelum diluluskan menjadi Akta Teknologis dan Juruteknik 2014 yang akan memberi laluan kepada penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Penubuhan MBOT akan memberi pengiktirafan kepada kerjaya teknologis dan memperkasa pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT).