Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) - 14 November 2024 [64 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SIJIL/ DIPLOMA

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 - 64 Kekosongan


Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,549.00
Gaji Maksimum : RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)


Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2024 (Khamis) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)-banyakjawatanmy

Latar Belakang

Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang.