Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Digital Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Digital Negara
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN/ IJAZAH SARJANA/ IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 - 310 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
(ii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.
Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Digital Negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 18 November 2024 (Isnin) jam 11:59 malam
Sejarah
Menyingkap tabir sejarah, MAMPU telah ditubuhkan hasil daripada Laporan ‘Development Administration in Malaysia’ oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam. Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan bagi mengembangkan usaha-usaha pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunan serta perancangan tenaga manusia. Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Pada tahun 1986, fungsi perancangan tenaga manusia telah dipindahkan kepada beberapa agensi lain bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pemodenan tadbiran dan perundingan pengurusan Sektor Awam. Sejak itu, ICDAU dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Penubuhan Kementerian Digital telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim pada 12 Disember 2023. Susulan pengumuman tersebut, MAMPU telah ditukar portfolio ke Jabatan Digital Negara (JDN) dan jabatan ini telah diletakkan di bawah Kementerian Digital.