Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Audit Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Audit Negara
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN
1. JURUAUDIT GRED W41 - 140 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,094.00
Gaji Maksimum : RM9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19)
Deskripsi Tugas:
Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.
Keterangan:
Tarikh Tutup Permohonan : 18 November 2024 (Isnin) jam 11:59 malam
Pengenalan
Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.
Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.