Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - 28 Februari 2025

Jawatan Kosong 2024 di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Jawatan:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa Warganegara Malaysia yang  berkelayakan ljazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)..

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik melalui skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) atau skim Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI).

Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) terpilih akan menjalani latihan di:

1. Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan.

2. Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak.

3. Kolej Tentera Udara - Sekolah Latihan Pegawai (KTU-SLP), Alor Setar, Kedah.


Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) akan dilantik ke dalam Kor Kesihatan Diraja sebagai:

1. PEGAWAI PERUBATAN.

2. PEGAWAI PERGIGIAN.

3. PEGAWAI FARMASI.


Tarikh Permohonan bermula 1 November 2024 hingga 28 Februari 2025





Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) ATM

Sejarah ATM

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.