Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Taman Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (ASSISTANT COMMUNITY) GRED N29
2. PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19
3. PEMBANTU AWAM GRED H11
4. PEMBANTU AWAM GRED H11 KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
* Sila baca iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2024
Latar Belakang
Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6). Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak. Ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara. Mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar.
Kira-kira 200 tahun yang lalu, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam (pemerintahan Raja Reman / Rahman) yang dikenali sebagai Wan Agas. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Tok Mekong Gas dan Tok Pulang Hari.