Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Putrajaya | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya
Jawatan:
1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAN GRED F29
3. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Latar Belakang
Perbadanan Putrajaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Hasim bin Ismail.
Fungsi Perbadanan Putrajaya adalah:
- Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya
- Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di kawasan Perbadanan Putrajaya
- Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
- Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya