Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Selangor - 30 Ogos 2024

Jawatan Kosong 2024 di Yayasan Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Selangor

Jawatan:

1. EKSEKUTIF
UNDANG-UNDANG & SETIAUSAHA SYARIKAT



*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2024 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Yayasan Selangor

Latar Belakang

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi

Yayasan Selangor wujudnya dari keinsafan dan keperihatinan pemimpin negeri ketika itu, iaitu  Allahyarham Dato’ Haji Harun bin Haji Idris, terhadap kedudukan pendidikan anak-anak Melayu di luar bandar yang jauh ketinggalan terutama dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab dan Sains. Hasil daripada pengamatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor mulai tahun 1964 hingga 1976, didapati bilangan pelajar Melayu sangat berkurangan di sekolah menengah yang terkemuka di bandar seperti Kuala Lumpur.