Jawatan Kosong 2024 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
2. PEMBANTU KEMAHIRAN (PAIP) GRED H19
3. PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIK/AUTOMOTIF) GRED H19
4. PEMBANTU KEMAHIRAN (KIMPALAN) GRED H19
5. PEMBANTU KEMAHIRAN (ELEKTRIK) GRED H19
6. PEMBANTU KEMAHIRAN (BANGUNAN) GRED H19
7. PENGHULU GRED NP29
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Ogos 2024 (Selasa) Jam 11.59 Malam
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.
Latar Belakang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].