Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan - 2 September 2024

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Jawatan:

1. 
PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S29

Jadual Gaji:
Minimum : RM1,493.00
Maksimum : RM5,672.00
Kadar kenaikan gaji tahunan RM 145

Elaun:
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM160
ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)   - RM300
iii) Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH)  - RM350


Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Anak Kelahiran Negeri Sembilan;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(d) (i) Diploma dalam bidang psikologi, kaunseling, pembangunan sumber manusia atau sains kognitif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM 1,770.95).


Deskripsi Tugas / Lain-lain Maklumat:

Bertanggungjawab membantu pelaksanaan program-program psikologi/ kaunseling kepada klien.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 September 2024 (sebelum jam 11.59 malam) 





Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan -banyakjawatan

Pengenalan

Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus. Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas