Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan - 13 Ogos 2024 [55 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM / SPM & SKM

1. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
 - 4 Kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 - 18 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 - 27 Kekosongan

4. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S19
 - 6 Kekosongan


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 13 Ogos 2024 (Selasa) jam 11:59 malam








Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan -banyakjawatan

Pengenalan

Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus. Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas