Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
2. PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G29
3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
4. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
5. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19
Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut http://ekerjaya.mpkemaman.gov.my & melalui link yang admin sediakan di bawah.
Perhatian:
(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian / ditemuduga.
(ii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas TIGA (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2024 (Khamis)
Klik Untuk Sumber Iklan
Klik Untuk Mohon Secara Online
Latar Belakang
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu gerbang masuk ke negeri ini. Secara umumnya lokasi Majlis Perbandaran Kemaman adalah bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang.
Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa Pertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu.