Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Sumber Manusia (MOHR) - 28 Ogos 2024 [17 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Sumber Manusia (MOHR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

1. PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA GRED J41 - 17 Kekosongan
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

Jadual Gaji:
 
Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00);
 

Deskripsi Tugas:

Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Ogos 2024 (Rabu) jam 11:59 malam






Jawatan Kosong di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Latar Belakang

Kementerian Sumber Manusia atau singkatannya KESUMA adalah kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaaan, maklumat dan analisis pasaran buruh dan keselamatan sosial.