Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 27 Ogos 2024 [27 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM

1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19 - 27 Kekosongan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00)
atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40)
atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-




Tarikh Tutup Permohonan : 27 Ogos 2024 (Selasa) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sejarah KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.