Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN
1. JURUUKUR GRED J41 - 43 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
2. JURUGEOSPATIAL GRED J41 - 8 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 13 Ogos 2024 (Selasa) jam 11:59 malam
Latar Belakang
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, topografi dan geodetik serta mengeluarkan pemetaan topografi dan peta bandar Direktorat ini juga dimandatkan untuk menyelaras dan menyediakan semua keperluan peta dan carta bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah JUPEM Sabah (dahulunya Seksyen Topografi Sabah) (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (dahulunya Seksyen Topografi Sarawak) (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995.
Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan Bahagian Pemetaan Topografi Sabah JUPEM Sabah (dahulunya Seksyen Topografi Sabah) (1983), JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (dahulunya Seksyen Topografi Sarawak) (1989) dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995.