Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 8 Ogos 2024 [56 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL VETERINAR / DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29 - 56 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,494.00
Gaji Maksimum : RM5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau  

(ii) Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.

Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.

Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Ogos 2024 (Khamis) 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar-banyakjawatanmy-SPA

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.