Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) - 31 Julai 2024 [494 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)

Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41 - 2 Kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 - 54 Kekosongan
 
3. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 3 Kekosongan

4. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 5 Kekosongan

5. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29 - 6 Kekosongan

6. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 - 2 Kekosongan

7. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 - 2 Kekosongan

8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 7 Kekosongan

9. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 - 3 Kekosongan

10. PENOLONG PENTADBIR TANAH GRED NT29 - 4 Kekosongan

11. PEMBANTU TADBIR TANAH GRED NT19 - 36 Kekosongan
 
12. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 - 62 Kekosongan

13. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 - 11 Kekosongan

14. PEMBANTU OPERASI GRED N11 - 72 Kekosongan

15. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 7 Kekosongan

16. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 - 15 Kekosongan

17. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 20 Kekosongan
 
18. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 50 Kekosongan

19. PEMBANTU PENERBITAN GRED N19 - 15 Kekosongan

20. PEGAWAI SAINS GRED C41 - 4 Kekosongan

21. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29 - 2 Kekosongan

22. JURUAUDIT GRED W41 - 14 Kekosongan

23. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29 - 28 Kekosongan
 
24. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W19 - 7 Kekosongan

25. PEMBANTU LAUT GRED A19 (KEJURUTERAAN) - 11 Kekosongan
 
26. PEMBANTU LAUT GRED A19 (PELAYARAN) - 54 Kekosongan


Cara Memohon:

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2024 (Rabu)




Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaa melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.