Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka - 30 Julai 2024 [8 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 8 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,494.00
Gaji Maksimum : RM5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).


Deskripsi Tugas:

Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.



Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Julai 2024 (Selasa) jam 11:59 malam






Jawatan Kosong 2022 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Latar Belakang

Pada tahun 1983, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)  Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allhayarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.